Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Tapak pelupusan kapal terbesar di Dunia


Pernah ke terfikir kalau kapal yang dah lama dan rosak akan dibawa ke mana? Ada satu tempat yang menjadi 'kubur' kapal lama ni.

Alang yang terletak di daerah Bhavnagar, didalam negeri Gujarat,India merupakan tempat bersemadinya kapal besar dunia seperti kapal tangki, kapal cruise,feri dan lain lain. Disinilah tempat dimana kapal tersebut akan dileraikan satu persatu.
Terdapat ribuan kapal yang menjadikan 'kubur' ini selama tempat terakhir mereka. Pekerja akan memotong dan mencabut bahagian kapal. Alang juga merupakan tempat peleraian badan kapal terbesar didunia.

Walaupun dikenali sebagai tapak pelupusan kapal terbesar didunia tapi tempat ini mendatangkan bahayanya yang tersendiri.
Mungkin hanya kata 'ala kapal tu besi je, bukan ada apa pun', perlu di ingat yang kapal besar seperti kapal kontena adakala membawa muatan bahaya seperti toksik malah ada kapal yang bahan api nya dari tenaga nuklear.

Sisa berkenaan akan mula memasuki laut berdekatan dan hidupan laut akan terancam bukan sahaja hidupan laut malah kehidupan disekitar kubur besar kapal tersebut.

Besi yang dipotong akan dikitar semula untuk dijadikan kapal lain atau bahan yang berkaitan, pekerja disana perlu memakai topeng kerana sedar akan bahaya toksik dari sisa minyak kapal yang dipotong.

Kredit FB John Mohamed

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini


Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

Below Post Ad



Ads Bottom