Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Pesara kerugian RM143,200 terpedaya dengan sindiket Macau Scam


Kangar: Cemas dengan panggilan daripada seorang 'pegawai polis' yang mendakwa dirinya terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram, pesara syarikat swasta di sini, kerugian RM143,200 apabila terpedaya dengan sindiket penipuan 'Macau Scam',

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa, wanita berusia 65 tahun mendakwa bahawa dia menerima dua panggilan telefon dari dua talian telefon bimbit yang tidak dikenali.

Beliau berkata, pemanggil memperkenalkan diri sebagai 'pekerja sebuah syarikat kurier' dan 'pegawai polis' dari Kedah pada 5 September lalu yang menyatakan bahawa mangsa didapati terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram.

"Mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang 'pekerja syarikat kurier' yang mendakwa mangsa mempunyai barang terlarang yang didaftarkan atas nama mangsa.

"Mangsa bagaimanapun tidak dapat membuat laporan polis dengan alasan bahawa mangsa adalah seorang ibu tunggal yang tinggal berseorangan.

"Pekerja syarikat kurier' itu kemudian menyambungkan panggilan berkenaan kepada seorang 'pegawai polis' yang didakwa dari Kedah dan meminta mangsa menyalurkan maklumat akaun Bank Islam, akaun simpanan Tabung Haji serta maklumat nombor kad mesin pengeluaran wang (ATM) mangsa kepada suspek untuk tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, mangsa yang ketakutan segera menyerahkan nombor kod perbankan yang diterima daripada bank kepada suspek.

"Tanpa disedari mangsa, wang dalam akaun Bank Islam serta simpanan Tabung Haji mangsa dipindahkan ke dalam akaun suspek sebanyak lapan kali transaksi bermula 5 September hingga Isnin lalu yang berjumlah RM143,200," katanya.

Beliau berkata, mangsa menyedari bahawa dirinya diperdaya apabila melihat wang simpanannya 'lesap'.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kangar, semalam, dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Sumber - Harian Metro

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini


Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

Below Post Ad



Ads Bottom