Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Penemuan luar biasa jerung mata alien berjaya di tangkap


SYDNEY - Seorang nelayan di Sydney, Australia menangkap seekor seekor jerung daripada spesies jarang ditemui yang mempunyai sepasang mata amat ganjil, lapor akhbar New York Post semalam.

Trapman Bermagui memuat naik gambar hidupan marin itu di laman Facebook selepas menangkapnya dari laut pada kedalaman 560 meter(m). 

Dia percaya haiwan tersebut adalah sejenis jerung berkulit kasar dan hidup di laut dalam.

Penemuan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial, sekaligus menjadikan hantaran tersebut tular. 

"Laut dalam adalah dunia lain," kata seorang pengguna.

Sementara itu, menurut beberapa pakar, haiwan tersebut berkemungkinan adalah jerung 'dogfish' berkulit kasar yang turut dikenali sebagai Centroscymnus owstoni.

"Dalam kajian laut dalam saya, kami telah menangkap beberapa ekor jerung seumpama itu di Teluk Mexico dan Bahamas.

"la tergolong dalam kumpulan Somniosidae atau jerung tidur iaitu keluarga yang sama dengan jerung Greenland tetapi spesies yang nyata lebih kecil," kata Pengarah Kajian Bersekutu di Makmal Pantai dan Laut Universiti Florida, Dean Grubbs.

Tambahnya, dia kerap menemui jerung 'dogfish' itu pada kedalaman antara 731 m hingga 1,158 m.

Bermagui turut bersetuju bahawa jerung itu boleh ditemui pada kedalaman melebihi 182 m.

"Kebiasaannya kami menangkap jerung ini pada musim sejuk," katanya. - Agensi

Sumber - Kosmo Online

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini


Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

Below Post Ad



Ads Bottom