Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Dua direman kemuka tuntutan palsu berkaitan program latihan


Kuala Lumpur: Dua lagi individu direman, hari ini, bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bagi program latihan berkaitan teknologi digital.

Penahanan dua suspek lelaki masing-masing berusia 50-an itu susulan tangkapan lima individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam berkaitan kes terbabit.

Dua suspek terbabit direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang juga bekas pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan pemilik syarikat berkaitan digital itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM jam 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, seramai lima individu ditahan reman selama tiga hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi program latihan berkaitan teknologi digital sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.

Kes itu dipercayai membabitkan dua syarikat yang sudah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah lebih RM19 juta dan lebih RM7 juta bagi menjalankan program latihan dari 2016 hingga 2020.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini


Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

Below Post Ad



Ads Bottom