Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Kasut lusuh dan kotor produk terbaharu dikeluarkan Balenciaga


Paris: Lusuh dan kotor. Itulah produk terbaharu jenama terkemuka Balenciaga yang memperkenalkan barisan kasut edisi terhad pada harga AS$1,850 (RM8,136.30) sepasang.

Jika sebelum ini sepasang Sneakers Balenciaga Paris High Top akan memberikan pulangan AS$625 (RM2,748.75), namun jika anda mencari versi kasut yang lusuh teruk ia akan menelan kos hampir tiga kali ganda.

la menjadikan jenama terkenal dunia itu berani mengambil risiko dengan menampilkan produk yang sangat pelik dan tidak masuk akal.

Bagaimanapun, gambar promosi yang dikeluarkan gedung fesyen itu mencetuskan kontroversi di media sosial dengan ramai mempersoalkan harga berkenaan tidak padan untuk kasut yang sangat lusuh dan kotor.

la seolah-olah mereka menampal jenama berkenaan pada kasut yang lunyai dipakai berkali-kali selama setahun atau lebih.

"Jika kamu membeli kasut Balenciaga bernilai AS$1,850 yang kelihatan seperti ia dilenyek dengan mesin pemotong rumput, sila dapatkan bantuan dan hubungi saya juga kerana saya ingin memahami mana kamu letakkan fikiran kamu pada masa itu," ciap penulis Brendan Dunne dalam Twitter beliau.

Walaupun reaksi terhadap pengeluaran kasut pelik itu sangat negatif, namun ada tanggapan mengatakan pasukan pemasaran Balenciaga mencapai matlamat mereka kerana perkara itu kini menarik perhatian dan menjadi bualan ramai.

Difahamkan hanya 100 pasang kasut versi kotor dan lusuh disediakan untuk edisi kali ini.


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini


Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

Below Post Ad



Ads Bottom