Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Lelaki terperangkap di Israel sehingga tahun 9999

TEL AVIV - Seorang lelaki warga Australia berkemungkinan akan menghabiskan sisa umurnya di Israel selepas undang-undang negara itu tidak membenarkannya keluar untuk tempoh 8,000 tahun.

Menurut laporan India TV, Noam Huppert, 44, terperangkap di sana sejak 2013 disebabkan tindakan bekas isterinya, warganegara Israel, menfailkan penceraian di mahkamah.

Seterusnya, menurut undang-undang, Huppert tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut sehingga 31 Disember 9999, kecuali sekiranya dia menjelaskan jumlah nafkah sebanyak RM12.5 juta untuk dua orang anaknya.

Terdapat ribuan lagi lelaki warga asing di Israel yang dikenakan tindakan dibawah undang undang tersebut.

"Saya berpindah ke Israel pada tahun 2012 untuk tinggal berdekatan dengan anak-anak selepas bekas isteri saya berpindah kembali ke sana,

"Kemudian, bekas isteri saya telah menfailkan penceraian dan mahkamah mengeluarkan perintah "stay-of-exit order" atas alasan 'hutang masa hadapan' yang perlu ditanggung sehinga kedua-dua anak saya mencapai usia 18 tahun," kata Huppert yang ditemuramah oleh media Australia.

Huppert perlu menjelaskan sebanyak RM 6,700 sebulan dan tidak dibenarkan meninggalkan negara sehingga 8,000 tahun akan datang atau pun membayar hutang masa hadapan' yang ditanggungnya ketika ini. - K! ONLINE

Sumber - Kosmo Online



Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Ads Bottom