Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Indonesia usir pelarian Rohingya ke perairan Malaysia

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia memintas bos dinaiki puluhan pelarian Rohingya, yang terkandas di perairan negara itu, sebelum menghalaunya ke perairan Malaysia.

Sekurang-kurangnya 100 orang di dalam bot berkenaan, yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan mendarat di Indonesia.

Walaupun mendapat gesaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian, pihak berkuasa Indonesia tidak membenarkan bot itu mendarat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menghantar barangan keperluan, makanan dan bahan api, termasuk juruteknik untuk membaiki bot yang rosak itu.

"Kami berharap (bekalan itu) akan membantu pelarian Rohingya meneruskan perjalanan ke Malaysia seperti hasrat dan rancangan mereka," kata jurucakap polis Aceh, Winardy, kepada AFP.

Bot kayu itu pertama kali dikesan dua hari alu, terkandas di kawasan kira-kira 70 batu nautika dari persisir pantai Indonesia.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Indonesia tidak menghalau bot membawa pelarian Rohingya itu seperti Malaysia atau Thailand, tetapi enggan membenarkan mereka mendarat.

Namun, Amnesty International dan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) mendesak supaya kerajaan Indonesia untuk membenarkan bot itu mendarat.

"Ini mengenai hidup dan mati. Ada wanita dan kanak kanak, kita perlu memberi perhatian kepada kesihatan mereka," kata pengarah eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid, dalam kenyataan.

Dalam pada itu, ketua komuniti nelayan tempatan, Badruddin Yunus yang melawat bot berkenaan berkata, ada 120 orang di dalam bot berkenaan, termasuk 51 kanak kanak dan 60 wanita.

Beliau berkata, enjin bot rosak dan pelarian itu tidak boleh berkomunikasi dengan nelayan tempatan kerana keka jan bahasa.

Sumber -  - Harian Metro Online



Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Ads Bottom