Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Empangan Muda masih terkawal tidak perlu risau

 ALOR SETAR - Penduduk tinggal berdekatan Empangan Muda tidak perlu risau atau panik susulan air di empangan tersebut melimpah sejak Khamis lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, limpahan secara automatik itu adalah prosedur biasa apabila kapasiti empangan melebihi 100 peratus.

Katanya, bagaimanapun limpahan yang berlaku masih terkawal dan dialirkan melalui Sungai Muda.

"Pada hari ini (Ahad) paras air di Empangan Muda dicatatkan pada paras 331.05 kaki iaitu 4.2 peratus melebihi kapasiti.

"Limpahan berlaku pula adalah sebanyak 973 kaki padu sesaat berdasarkan rekod diambil pada jam 8 pagi," katanya selepas lawatan di Kilang Seri Merbok di Simpang Empat di sini pada Ahad.

Beliau menasihati orang ramai tidak menyebarkan berita tidak tepat dengan mengaitkan situasi banjir di beberapa daerah susulan limpahan air empangan.

"Sekiranya berlaku limpahan, kami akan memaklumkan kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pejabat daerah Sik dan Kuala Muda.

"Ini supaya agensi berkenaan dapat bersiap sedia dan mengeluarkan arahan berjaga-jaga kepada penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Muda. Sekiranya. berlaku peningkatan paras di lain-lain empangan, kami akan membuat perbincangan bagi mencapai keputusan terbaik untuk mengelakkan situasi lebih buruk," katanya.

Ahmad Tarmizi berkata, kedudukan takungan Empangan Pedu pada Ahad adalah sebanyak 91.68 peratus, Empangan Muda, 104.20 peratus dan Empangan Ahning, 95.71 peratus.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Tarmizi berkata, banjir di Kawasan III Pendang melibatkan 619.40 hektar sawah padi dengan anggaran kerosakan sebanyak 370 hektar iaitu 60 peratus daripada jumlah keseluruhan.

"Kerosakan ini menyebabkan pesawah perlu membuat pembelian semula benih padi untuk kerja-kerja penanaman semula. Kerugian hasil padi melibatkan tanaman berusia tiga hingga 30 hari (605 hektar) dan 100 hingga 120 hari (13.80 hektar).

"Kami akan membuat bancian semula untuk melancarkan proses permohonan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)," katanya.

Tanbah Ahmad Tarmizi, banjir di kawasan Pendang adalah disebabkan turunan hujan melebihi jumlah biasa dan bukan disebabkan limpahan air empangan.

Sumber - Sinar Harian Online

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Below Post Ad



Ads Bottom