PUTRAJAYA - Polis mengesahkan pemandu lori yang terbabit melanggar lebih 10 buah kereta di di Kompleks E, di sini sudah dikesan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi hari ini berkata, pemandu lori berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan.
"10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Sementara itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, CGSO Parcel E juga memaklumkan, lokasi kejadian telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir sebarang kenderaan.
"Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut. telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir," katanya.
Sumber - Kosmo Online