KLANG- Berang tidak diberikan wang, seorang bekas banduan yang baharu seminggu keluar daripada penjara tergamak membakar rumah keluarganya di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar di sini, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang selepas permintaan suspek berusia 30an itu tidak dipenuhi ibunya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan kira-kira pukul 3.30 petang berhubung kebakaran rumah daripada seorang kerani wanita berusia 37 tahun yang merupakan anak saudara kepada suspek.
Katanya, mangsa yang berada di tempat kerja telah bergegas pulang dan mendapati pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber - Kosmo