Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Pengeluar arak TIMAH mohon seminggu tukar nama

PUTRAJAYA: Pengeluar arak jenama 'TIMAH', Winepark Corporation (M) Sdn Bhd memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama dan imej pada label produk keluaran syarikat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu adalah antara keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan semalam.

Beliau berkata, pertemuan itu yang dipengerusikannya disertai Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, selain Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim dan Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Abdul Haris Lakar.

"Kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama TIMAH pada produk arak keluaran tempatan yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak ia dilancarkan pada awal Oktober lalu.

"Pertemuan secara hybrid itu diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

"Ia juga susulan pertemuan pertama yang diadakan antara syarikat Winepak (M) Sdn Bhd bersama MyIPO pada 25 Oktober lalu," katanya.

Selain itu, Alexander berkata, KPDNHEP melalui MyIPO akan menambah baik prosedur yang membabitkan pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.

"Ia juga susulan pertemuan pertama yang diadakan antara syarikat Winepak (M) Sdn Bhd bersama MyIPO pada 25 Oktober lalu," katanya.

Selain itu, Alexander berkata, KPDNHEP melalui MyIPO akan menambah baik prosedur yang membabitkan pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Katanya, beliau berharap semua pihak dapat memahami serta memberi peluang kepada Kerajaan mencari jalan penyelesaian yang terbaik unutk semua pihak.

Penggunaan jenama 'TIMAH' pada arak keluaran tempatan itu serta gambar seorang lelaki yang dikatakan berketayap pada labelnya, menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan umat Islam serta turut dibincangkan dalam Sidang Dewan Negara.

Sumber - Berita Harian Online


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Below Post Ad



Ads Bottom