Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Pemilik syarikat didakwa guna logo halal tanpa perakuan

KUALA KANGSAR - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa pada produk makanan, Jun lalu.

Teoh Sue Guat, 71, selaku pemilik syarikat Angsana Kangsar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Dia didakwa menggunakan logo halal tanpa mendapat perakuan daripada pihak berkuasa berwibawa iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) pada 26 bungkusan kuetiau goreng dan 11 bungkus mitiau jenama cap Angsana berat 500 gram.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perintah 8 (a) perintah yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohd Azrul Faidz Abdul Razak bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap warga emas terbabit yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 November ini bagi sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Sumber - Sinar Harian


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Below Post Ad



Ads Bottom