Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

"Jijik dan meloyakan" Kilang fucuk terlampau kotor diserbu kali kedua

Nibong Tebal: Jijik dan meloyakan. Itu keadaan tempat memproses fucuk secara tradisional di sebuah kilang dekat Simpang Ampat, di sini.

Bukan itu saja, kilang yang dianggarkan beroperasi selama 12 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam operasi dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) jam 9.30 pagi tadi mendapati persekitaran amat kotor dengan terdapat beberapa ekor anjing berkeliaran dalam kawasan kilang.

Selain itu, terdapat najis tikus, lipas dan lalat ditemui di lokasi pemprosesan sekali gus dikhuatiri menjejaskan kesihatan pengguna kerana boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, serbuan dijalankan melalui hasil risikan dan pemantauan pihaknya sejak tiga hingga empat minggu lalu.

"Mengikut semakan, ini serbuan kedua dijalankan kita di kilang sama yang mana serbuan pertama dilakukan tiga ke empat tahun yang lalu.

"Semasa serbuan seorang pekerja warga asing didapati melarikan diri berikutan ketiadaan permit yang lengkap dan dipercayai tiada suntikan tifoid bagi mengendalikan produk makanan terbabit.

"Pemeriksaan di kilang mendapati berlaku banyak ketidakpatuhan dan persekitaran premis berada dalam keadaan kotor yang amat teruk manakala fucuk yang dikeluarkan juga tidak mempunyai label," katanya selepas mengadakan operasi di kilang berkenaan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kilang itu sepatutnya tidak boleh wujud berikutan ketiadaan lesen dan keadaan kebersihan yang teruk dengan berharap PBT dapat mengambil tindakan lanjut.

"Pada serbuan pertama dulu pemilik berjanji tidak mahu lagi beroperasi namun masih ada hingga hari ini.

"Mengikut pemerhatian kilang ini juga 200 peratus kotor dan tidak sepatutnya boleh wujud," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, temubual yang dijalankan ke atas pemilik mendapati semua produk fucuk yang dikeluarkan dipasarkan luar dari Pulau Pinang dipercayai di selatan tanah air.

Beliau berkata, kilang itu sepatutnya tidak boleh wujud berikutan ketiadaan lesen dan keadaan kebersihan yang teruk dengan berharap PBT dapat mengambil tindakan lanjut.

"Pada serbuan pertama dulu pemilik berjanji tidak mahu lagi beroperasi namun masih ada hingga hari ini.

"Mengikut pemerhatian kilang ini juga 200 peratus kotor dan tidak sepatutnya boleh wujud," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, temubual yang dijalankan ke atas pemilik mendapati semua produk fucuk yang dikeluarkan dipasarkan luar dari Pulau Pinang dipercayai di selatan tanah air.

"Bagaimanapun bagi kita ia sesuatu yang mustahil apabila produk ini tidak dipasarkan di negeri ini kerana pembuatannya diadakan di sini.

"Ketiadaan label pada produk juga amat merisaukan yang mana jika berlaku kes keracunan makanan menyukarkan kita mengesan di mana produk itu dikeluarkan selain tidak menolak kemungkinan produk ini juga dikeluarkan secara alibaba," katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya mengeluarkan tiga kompaun berjumlah lebih RM5,000 manakala Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang menyertai operasi juga mengeluarkan dua notis termasuk satu kompaun terhadap pemilik kilang berkenaan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, tindakan penutupan selama 14 hari turut diambil di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Sumber - Harian Metro Online


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Below Post Ad



Ads Bottom