Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Angkara dadah, orang lain turut jadi mangsa

SHAH ALAM Satu klip video yang tular mengenai sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan lori tersebut dalam perjalanan ke Subang.

Katanya, pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian telah hilang kawalan secara tiba-tiba yang dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

"Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.

"Ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif methaphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ramsay menegaskan, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan hari ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011 31215697," jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi dua minit 54 saat memaparkan sebuah lori dari lorong kanan di NKVE secara tiba-tiba hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebanyak tiga kali sebelum terbabas. -K! ONLINE

Sumber - Kosmo Online



Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini

Below Post Ad



Ads Bottom