Terkini

6/trending/recent

Hot Widget

Type Here to Get Search Results !

Manusia berfikir menggunakan jantung dan hati


KETIKA pembentukan tamadun awal manusia iaitu sekitar kurun ke-25 hingga kurun ke 10 Sebelum Masihi (SM), kebanyakan ilmuwan kuno pada ketika itu beranggapan bahawa pemikiran manusia dikawal selia oleh hati. Organ tersebut dikatakan berfungsi untuk mengawal segala aktiviti yang berkaitan dengan fikiran, termasuklah ekspresi perasaan seseorang.

Pada era berkenaan iaitu ketika mana bidang perubatan anatomi masih berada pada fasa permulaan, hati dianggap sebagai organ terpenting dalam tubuh manusia. Minda manusia dikatakan terletak pada bahagian hati, sementara fungsi otak pula hanya dianggap sebagai pengisi ruang kosong di dalam tengkorak manusia.

Antara pelopor teori berkenaan ialah tabib-tabib kuno pada zaman kerajaan Sumeria Assyrian. Teori tersebut telah dikembangkan dan menjadi kepercayaan umat manusia selama beberapa abad. 

Bagaimanapun, pada suatu ketika, doktrin itu telah mendapat penentangan daripada ahli-ahli falsafah Greek. Mereka menyatakan bahawa, hati tidak memainkan peranan utama dalam mencetuskan fikrah manusia, sebaliknya manusia berfikir dan berperasaan menggunakan organ jantung.

Antara tamadun lain yang turut berkongsi fahaman yang sama ialah kerajaan Mesir kuno. Ilmuwan-ilmuwan dari kerajaan Mesir ini percaya bahawa jantung merupakan pusat kawalan utama minda manusia. Manakala, otak pula tidak dianggap sebagai organ dan ia dikatakan tidak mempunyai sebarang fungsi. Perkara itu diterjemahkan melalui proses penyediaan mumia yang mana otak setiap mayat yang hendak diawet akan dibuang terlebih dahulu kerana di anggap sebagai bahagian yang tidak penting.

Bagaimanapun, menjelang kurun ke-5 SM, pandangan ini menjadi terbalik - otak telah diketahui sebagai takhta kebijaksanaan manusia. Meskipun begitu, variasi pepatah yang mengaitkan perasaan cinta dan hati masih dikekalkan mengikut logik kuno.

Semasa era para pemikir seperti Socrates, Plato dan Aristotle, konsep konsep psikologi klinikal pula muncul. Ketika tu umat manusia semakin memahami bahawa otaklah yang memainkan peranan untuk mengawal segala fikrah makhluk hidup.

Menurut Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, pada abad ke-8 Masihi, Al- Quran telah tampil dengan fakta yang berbeza. Fakta itu dilihat terkebelakang apabila dalam surah Al-Hajj, ayat 46 Allah menyatakan bahawa manusia berfikir menggunakan jantung dan hati. Firman Allah yang bermaksud:

"Apakah mereka tidak berjalan di permukaan Bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir degannya, atau telinga mereka mendengar dengannya? Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada." (Al- Hajj: ayat 46).

Jelas Dr. Arip sekalipun terdapat indikasi yang mengatakan manusia berfikir menggunakan jantung atau hati beberapa abad sebelum itu, tetapi berdasarkan kepada teori semasa ayat tersebut dilihat terlalu jauh menyimpang daripada fakta sebenar In kerana pada ketika itu ahli sains telah pun memahami bahawa organ yang berfungsi untuk berfikir adalah otak.

Lalu timbul persoalan, adakah Al Quran membawa fakta yang tidak benar? Tegas Dr. Arip, Al-Quran sama sekali tidak menyatakan sesuatu yang salah. Ini kerana fakta yang sebenarnya ialah jantung juga mempunyai sel memori yang bersambung dengan sel memori otak.

Perkara tersebut telah pun dibuktikan oleh seorang ahli psikologi dari Institut Jantung Matematik Amerika Syarikat, Dr. Rollin MacCarty. Dalam kajian yang dilakukannya pada abad ke-20, Dr. Rollin telah menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai sel ganglion yang mana ia mempunyai memori yang lebih kuat daripada sel otak.

Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak manusia. Rangkaian sel ganglion ini bersambung antara satu sama lain dan membentuk apa yang disifatkan oleh Dr. Rollin sebagai 'brain cell in the heart'.

Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan melalui aliran darah. Dalam masa yang sama, penemuan ini juga mengungkai bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel berkenaan. Kajian tersebut memperlihatkan sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme kompleks melalui tindak balas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Selain Dr. Rollin MacCarty, seorang lagi pakar psikologi dari University of Hawaii bernarna Paul Peasall turut mengkaji kaitan pemindahan jantung dengan sel memori dalam jantung manusia. Beliau mendapati, apabila seseorang pesakit menerima jantung daripada penderma organ, pesakit berkenaan sedikit sebanyak akan mengalami perubahan tingkah laku sama seperti tingkah laku penderma jantung yang telah meninggal dunia. 

la seolah-olah menunjukkan jantung masih merakamkan pita memori penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru. Paul Peasall kemudiannya telah membuku kan kajian tersebut dalam sebuah jurnal yang bertajuk The Heart's Code.

Inilah antara mukjizat Al-Quran Pada 1,400 tahun lalu, manusia menganggap apa yang diwahyukan oleh Allah mengenai jantung sebagai suatu fakta yang terpesong. Namun, melalui kajian perubatan moden pada abad ke 20, ahli-ahli sains telah membuktikan bahawa apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran ternyata adalah suatu yang sahih lagi benar. 

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

text

Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Blog Ini


Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad

Below Post Ad



Ads Bottom